Sunday, 4 September 2011

Hari-hariku dipenuhi dengan langkah-langkah berirama di setiap pintu.
Ada pintu yang tidak boleh dimasuk,ada pintu yang boleh dimasuk...
Itulah KEHIDUPAN...
Jika ada duri dihadapan pintu,
KAMU harus MENGELAKKANNYA...
Kerana duri-duri itu boleh membuat langkahmu sumbang...
Dengarlah bicaraku ini,
Dalam sejarah,
Cahaya yang bersinar itu tidak pernah wujud,
Keadaan di kota suci penuh sejarah itu hanyalah dipenuhi dengan
ranjau berduri...
Namun,ketika CAHAYA itu datang,BERSINARlah kota suci itu...
DIA datang membawa CAHAYA,Dia datang membawa RAHMAT,Dia datang membawa WAHYU,Dia datang membawa KALIMAH SYAHADAH,Dia datang membawa ISLAM...
SAMBUTLAH IA....
SALLALLAHUALAIHIWASSALAM...
 

Friday, 26 August 2011

Salam alaik....
Saya sedang dibelenggu ketekanan kerana periksa besar dalam tahun ini untuk saya makin menghampiri. Rasa nak cepat raya,tapi takut gak kalau raya berlalu begitu sahaja,sebab periksa tu betul-betul lepas raya! Arghh!
Anyway,Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!
Buat yangbaikikutsaya,saya dah cuba nak komen kat blog awak,malangnya saya tak boleh. Pasal 'select profile' tu...and pasal e-mail...boleh bantu?
Tahun ini puasa tak penuh...haha,itu satu kemestian...dan alhamdulillah dapat khatam sekali dalam bulan yang mulia ini...
Hik.Hik.Hik.
Ah,dah melalut lak,apa-apapun,selamat hari raya dan hati-hati kepada pemandu yang memandu balik kampung! Pandang depan,bukan pandang bawah! Tengok pakai mata,bukan pakai lutut!
Baru tadi tengok buletin kes pemandu yang kemalangan dalam perjalanan balik kampung! Hati-hati! Jangan kepulangan kamu ditangisi!

Tuesday, 23 August 2011

Ramadhan,datangmu dinanti,pergimu ditangisi.....

Ramadhan bulan ibadah,
Bulan kerahmatan dan keampunan...
Para malaikat merendahkan sayap,
Untuk menghitung pahala berganda.....

Ramadhan bulan berpuasa,
Bulan kesabaran dan keinsafan...
Lapar dan dahaga mendidik jiwa,
Menundukkan nafsu,
Mengawal indera...

Pintu syurga dibukakan,ditutup pintu neraka,
Dibelenggu syaitan yang durjana,
Dihentikan,azab di pusara...

Bersyukurlah pada rahmat-Nya(ya ramadhan)
Dikurnia bulan yang mulia(ya ramadhan)
Beruntunglah bagi mereka(ya ramadhan)yang mendapat
keredhaan-Nya(ya ramadhan)
Tiap satu pahala ibadah,
Tujuh puluh ia digandakan,
10 akhir ramadhan...
Dikurniakan Lailatul Qadar,
Malam...yang terbaik,
diumpamakan seribu bulan...

Thursday, 18 August 2011

Salam alaik...
Buat pengetahuan semua saya tengah mengalami penyakit bosan tahap melampau,jadi,akan keluarlah ayat merepek2...kenapa? okey,start dari sini...untuk pengetahuan semua,sayer seorang yg skema,atau bahasa sayer kayek bahasa buku aja! hehe...jadi,susah saya nak buat bahasa sempoi macam penulis blog lain...saya pun tak pandai melawak sangat...jadi,jangan patah hati kalau baca post saya! haha...

Kata itu senjata...
Kata itu racun...
Kata itu pembunuh...
Kata itu penyelamat...
Kata itu tajam...
Kata itu lembut...
Kata itu perisai...
Kata itu kantoi...
Kata itu perosak...
Kata itu biadap...
Heya,tapi 'kata' yg saya tengah cakap ni tak kira biadap kan?

Friday, 12 August 2011

Assalamualaikum...
bertemu lagi kita...aku pun tak tau nak cakap aper lagi,tetapi,aper yg penting,aku nak bincang pasal 'ajal'...ajal seseorang adalah takdir allah yg sudak ditakdirkan dan tercatat di Luh Mahfuz...dan kita takkan dapat lari daripada ajal kita yg akhirnya akan tiba jua...aku nak citer ni,waktu tu atuk aku belah mak aku dah sampai ajalnya,sedihnya tak terkata,waktu aku cium pipi atuk aku tu yg dah sejuk,rasanya waktu tu takut dah mencengkam aku...yalah,apabila aku bayangkan aku akan menjadi seperti itu satu hari nanti...waktu tu,air mata aku dah merembes,tapi,bukan aku sorang je yg menangis,aku rasa sumer yg aku kenal menangis...atuk aku adalah seorang yg cacat dan buta di kedua belah matanya...hidup atuk aku penuh liku dan duri dugaan,dan aku sangat sayangkan atuk aku...kekadang aku tersenyum bila teringat dulu,waktu aku sekeluarga lawat atuk aku tu,atuk aku tak nampak,tapi dia tau siapa yg salam ngan dia,dan...waktu tu,aku ngaku,aku takut nak menghadapi sesuatu seperti itu juga...tapi aku sedar,walau sejuta langkah kita lari dari takdir ajal kita,tak mungkin,tak mungkin...kita tak mungkin leh lari dari semua tu...hm,aku tak pernah zahirkan kasih sayang aku kat atuk aku tu walau pada sesiapa pun,aku sayangkan atuk aku tu,dan waktu atuk aku selamat dikebumikan,air mata aku dah laju meluncur deras,boleh banjir satu dunia,jadi,aku nasihatkan,hormatilah dan curahkanlah kasih sayang kita kepada orang yg kita sayang sebelum dia pergi...jangan malu untuk mengucapkan kata-kata sayang padanya,kerana,takut kita terlambat dan membiarkan orang yg kita sayang pergi tanpa mengetahui dan mendengar ayat-ayat sayang dari mulut kita..sekian...
Assalamualaikum...
hehe...aku tengah gembira ni...macam ader taman dalam hati ni...hehe...nak tau naper? jeng..jeng..jeng..haha,bukan apapun,semalam kawan aku tidur rumah aku...seronok sangat! kitorang blajar,borak,gosip,berangan sumer samer2...hehe...buat pengetahuan kamu semua,kami gosip pasal pelajaran ya! jadi,janganlah buruk sangka ngan aku ni...hehe...ni,aku nak citer ni...smalam kawan aku tu citer yg dia ..'dot..dot..dot..' mesti kamu sumer tak tau aper kan? haha...tak perlu tau...ini rahsia aku ngan dia ja...jangan jealous ya! kita sammbung lik,aku ni sanyer nak bincang pasal isu semasa lovey dovey pada usia muda ni...banyak kawan-kawan aku,yg dah ada mata air...aku takde...sebab bagi aku,memenda ni hanyer merosakkan diri aku dan impian aku dewasa kelak...nak tau kenapa aku emosional tetibe ni? aku sanyer tengah menahan saket hati kat sorang mamat ni,bukan kerana mamat tu suker aku atau apa yg lain,tapi sebab mamat tu dah kecewakan kawan aku yg aku sayang...terus terang,lelaki memang takleh dipercayai walau 1%...haha...bengang,bengang dan bengang...memanglah bukan aku yg terkena dengan mamat kasanova tu! masalahnya,kawan aku! dan aku syg kawan aku tu! sesiapa pun yg lukakan hati kawan aku,itu bermakna mereka lukakan hati aku juga! ish,kenapa tetibe emosional lak ni? hehe...sorry,sorry...inilah tujuan aku buat blog ni,semua saket hati,gembira atau apaper lagi lah akan aku luahkan sumernya dalam blog aku yg takder org tau milik aku ni(sebab aku rahsiakan)dan kamu semua,terima kasih kerana membaca dan mengikuti blog Gadis Ungu ini dengan penuh setia! Gadis Ungu love you all! and,bagi sesaper yg nak tau kenapa aku guna nama 'Gadis Ungu',itu adalah kerana aku sangat sukakan warna ungu! warna yg ramai org kater warna janda,haha...ada aku kisah? yg penting aku bahagia...sesiapa yg kata warna ungu ni warna janda,sahlah orang tu percaye sangat dengan adat karut marut tu...oklah,dah banyak aku membebel ngan kamu semua,sesiapa yang tahi telinga dier dah penuh,pergilah tandas,korek telinga ngan putik kapas,jangan guna tangan tau! ok,da2! bye2! :p
Assalamualaikum...
haha...biasalah...nak berceloteh lagi...hehe...apa-apapun,ader cerita sensasi yg perlu dikongsi bersama! tadi aku tidur,hehe...letih sangat...masa aku tidur tu,handphone aku berbunyi,cukup2 nak jagakan aku...dan aku tekan je butang 'jawab' tanpa melihat pemanggilnya...hehe...nak tahu saper? kawan aku...dia cakap dia betul2 dah jatuh cinta...huh,buang masa,tenaga dan telinga aku sahaja bangun semata-mata nak dengar benda2 merepek camtu...berdasarkan apa yg aku cite sebelum ni,LOVE ADALAH MATA KOSONG,WALAU SEBANYAK MANAPUN KITA MENGUTIPNYA,KITA AKAN TETAP MENGALAMI KEKALAHAN....dan aku dah belajar untuk itu....lelaki memang pembohong...kawan sayer patah hati sebab boyfriendnya tinggalkan dia dan  cari perempuan lain...dasar lelaki tak setia!
eh,eh,aku pulak yg terlebih-lebih emosional...hm,bukan apa,aku sayangkan kawan aku tu,korang tak pernah belajar ke cara nak jaga hati sahabat?
kenapa ya? hati aku saket sangat,kenapa ah? kesian kawan aku tu...dan aku dah belajar daripada pengalaman sahabatku itu...dan bagi aku,cinta di usia muda hanya memusnahkan diri sendiri,jadi,aku nasihatkan,sesiapa yg sedang bercinta atau baru jatuh cinta,dan umurnya masih muda,fikirlah masa depan anda...kita mempunyai peluang dalam hidup yg masih lagi panjang...lupakan soal CINTA,kita bicara tentang soal CINTA TUHAN....