Friday, 12 August 2011

Assalamualaikum...
bertemu lagi kita...aku pun tak tau nak cakap aper lagi,tetapi,aper yg penting,aku nak bincang pasal 'ajal'...ajal seseorang adalah takdir allah yg sudak ditakdirkan dan tercatat di Luh Mahfuz...dan kita takkan dapat lari daripada ajal kita yg akhirnya akan tiba jua...aku nak citer ni,waktu tu atuk aku belah mak aku dah sampai ajalnya,sedihnya tak terkata,waktu aku cium pipi atuk aku tu yg dah sejuk,rasanya waktu tu takut dah mencengkam aku...yalah,apabila aku bayangkan aku akan menjadi seperti itu satu hari nanti...waktu tu,air mata aku dah merembes,tapi,bukan aku sorang je yg menangis,aku rasa sumer yg aku kenal menangis...atuk aku adalah seorang yg cacat dan buta di kedua belah matanya...hidup atuk aku penuh liku dan duri dugaan,dan aku sangat sayangkan atuk aku...kekadang aku tersenyum bila teringat dulu,waktu aku sekeluarga lawat atuk aku tu,atuk aku tak nampak,tapi dia tau siapa yg salam ngan dia,dan...waktu tu,aku ngaku,aku takut nak menghadapi sesuatu seperti itu juga...tapi aku sedar,walau sejuta langkah kita lari dari takdir ajal kita,tak mungkin,tak mungkin...kita tak mungkin leh lari dari semua tu...hm,aku tak pernah zahirkan kasih sayang aku kat atuk aku tu walau pada sesiapa pun,aku sayangkan atuk aku tu,dan waktu atuk aku selamat dikebumikan,air mata aku dah laju meluncur deras,boleh banjir satu dunia,jadi,aku nasihatkan,hormatilah dan curahkanlah kasih sayang kita kepada orang yg kita sayang sebelum dia pergi...jangan malu untuk mengucapkan kata-kata sayang padanya,kerana,takut kita terlambat dan membiarkan orang yg kita sayang pergi tanpa mengetahui dan mendengar ayat-ayat sayang dari mulut kita..sekian...

No comments:

Post a Comment